Saturday, 8 December 2012

Salam Perkenalan Blog Novel Misteri Online




Salam kepada semua pembaca, diharapkan anda semua sihat sejahtera.

Selamat datang ke blog Novel Misteri Online.  Blog ini mengandungi cerita misteri dan thriller bersiri yang ditulis oleh saya sendiri. Setiap siri yang diterbitkan adalah di bawah siri Dark Side Theory…mengikut kisah atau cerita pendek. 

Setiap cerita pula dikategorikan mengikut nombor siri turutan seperti Dark Side Theory # 1 adalah kisah pertama di dalam siri Dark Side Theory tersebut. Kisah-kisah seterusnya pula adalah mengikut siri yang selanjutnya iaitu #2, #3, #4………….dan seterusnya.

Untuk makluman pembaca semua, setiap sambungan terkini setiap kisah akan diterbitkan seawal-awalnya 3 hari sekali namun bergantung kepada kelapangan saya. Diharapkan pembaca akan menunggu dengan sabar dengan setiap update.

Selain itu, Insya Allah saya akan terbitkan novel secara online dalam bentuk e-book (pdf format). Saya akan maklumkan kemudian apabila novel tersebut dipasarkan di blog ini.

Anyway, terima kasih kerana mengikuti blog ini and happy reading.
               

2 comments:

  1. Sudah pun baca kedua dua entri sebelum ini. Akan terus mengikuti kisah selanjutnya. Tolong jangan biarkan kami menunggu lama ya. Selamat berkarya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puan Ernie, siri ketiga Zon Perang! sudah disiarkan. Maaf menunggu iya.

      Delete