Monday 26 November 2012

Dark Side Theory #1 – Zon Perang! (Bahagian 1)

Zon Perang! (Bahagian Pertama)


                Zzzzuuuuuiiinnnngggggggg!!!!!!!!!!!!!!!!!

Sebutir peluru melintasi sisi kepala Koperal Halim! Dia cepat-cepat menunduk sambil memegang kepalanya yang dilindungi topi perisai yang diperbuat daripada Kevlar itu. Dan dengan pantas dia menjatuhkan badannya di sebelah Koperal Kamal, yang sedang berlindung di sebalik tebing kubu sambil melepaskan tembakan ke arah musuh.

                “Tunduk Halim! Kalau tak tembus kepala kau!”, arah Samad setelah melihat Koperal Halim yang kelam kabut cuba mengelak tembakan musuh ke arahnya. Koperal Halim membawa sesuatu pada badannya, mungkin dokumen yang berisi arahan tempur untuk ketua seksyennya.

                “Kamal! Mana Sarjan Mahadi! Ada arahan dari Mejar Rahim untuk dia, penting ni!”, tanya Halim kepada rakan sepasukannya.

                Booooooommmmmmmmmmmm!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

                Sebijik bom mortar jatuh tepat 5 meter di depan Koperal Kamal!!

                Bbbbuuuuuuuiiiiiiiiiiisssssssssssssssssssssssssshhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!

                Debu berteraburan dan percikan api berterbangan di sekitar, pandangan Halim kabur.....telinganya berdesing......dia cuba bangun tetapi jatuh kembali ke atas tanah kubu. Suasana di dalam kubu parit sepanjang lebih 50 meter itu hiruk pikuk. Setiap askar sedang melepaskan tembakan ke arah pasukan yang sedang mara ke arah mereka. Suasana ketika itu tepat jam 6.38 petang, namun kawasan itu tidak ubah seperti malam gelap. Hujan mencurah-curah turun dan kilat sedang sabung-menyabung.

                “Medik! Medik! Cepat datang sini!”, kelihatan seorang askar sedang memangku Koperal Kamal di ribanya. Halim yang masih terpinga-pinga akibat kesan tembakan peluru mortar tadi, terhuyung hayang cuba bangun.

                “Tunduukan kepala kau askar, kalau tak kau akan mampus...”, tiba-tiba satu tangan menolak kepalanya ke bawah. Dia terus tunduk, dan apabila dia mengangkat kepalanya..dia melihat Sarjan Mahadi menyusup lalu di sebelahnya menuju ke arah Koperal Kamal.

                “Sarjan, dia sudah tidak bernyawa..lehernya ditembusi dengan serpihan mortar tadi”, terang seorang askar berpangkat Lans Koperal yang juga seorang medik. Halim terlopong! Baru sebentar tadi dia bercakap dengan Koperal Kamal....dia mula menggigil. Difikirannya....bila-bila masa sahaja nyawanya boleh melayang di zon perang itu!

                “Medik, bawa dia ke belakang. Letak bersama mayat-mayat yang lain, lepas tu pergi bahagian kanan kubu. Ada 3 orang anggota lain yang cedera.” , arah Sarjan Mahadi kepada Medik tersebut. Dalam kubu tersebut ada seramai lebih kurang 25 orang anggota yang ditugaskan untuk mempertahankan kubu parit sepanjang 50 meter tersebut. Setiap kubu diketuai oleh seorang askar berpangkat Sarjan manakala jarak setiap kubu adalah 300 meter, terdapat 6 buah kubu yang dibina di sepanjang laluan utama untuk bagi musuh melepasi kawasan itu. Jika musuh berjaya melepasinya, maka mereka mampu menguasai salah satu laluan utama ke ibu negara dari arah selatan. Sarjan Mahadi mengetuai kubu yang kelima.

                “Koperal! Koperal! Cepat ikut aku.”, arah Sarjan Mahadi setelah melihat Halim masih ragu terpinga-pinga kesan tembakan tadi. Sarjan Mahadi menarik belakang baju Halim dan membawa mengikutnya melalui laluan parit tersebut ke pusat kubu.
                Dooooooooommmmmmmmmmmmm!!!!!!!!!!!!!

                Sebutir lagi bom mortar tersasar jatuh 20 meter di belakang kubu mereka, Sarjan Mahadi dan Halim secara spontan merebahkan badan mereka. Kemudian mereka bergegas bangun meneruskan perjalanan ke tengah-tengah parit.

                “Jaga kepala kau tuh!!!”, ingatkan Sarjan Mahadi lagi sekali. Halim terus menunduk!

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                Sampai di pusat kubu.....

                “Ok Koperal, ada apa-apa pesanan untuk aku?”, tanya Sarjan Mahadi.

                Halim menggelabah membuka beg patrolnya, mengeluarkan beberapa dokumen yang mengandungi mesej daripada Mejar Rahim. Sarjan Halim meneliti satu persatu dokumen tersebut...........

                Bbbuuuuiiiiiisssssssssssssssssssssssssshhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1

                Serpihan habuk berserta asap memasuki ruang pusat kubu tersebut.....Halim menganggarkan bahawa sebutir lagi peluru mortar pihak musuh jatuh berhampiran dengan lokasi kehamah mereka. Dia pantas merendahkan tubuhnya! Sarjan Mahadi masih lagi tenang meneliti mesej-mesej tersebut.

                “Kau jangan risau Koperal, bumbung pusat kubu ni ditutupi besi dan simen military grade yang memang khas untuk kubu..selain daripada roket dan peluru berpandu anti kubu...kita takkan apa-apa..hebat bukan..”, terang Sarjan Mahadi sambil tersenyum sinis, cuba menenangkan Koperal yang ditugaskan sebagai mesengger itu. Dia meneruskan bacaan pada mesej-mesej itu lagi......

                Mesej # 1 – Laporan Situasi dan Perisikan:

“Mula Mesej - Pihak musuh sudah memasuki 15 batu ke dalam kawasan yang dipertahankan dari arah selatan, timur dan barat. Walaubagaimanapun, mereka perlu melalui kawasan ini memandangkan kesemua jalan-jalanraya telah diletupkan dan laluan sungai dipasang dengan periuk api sebanyak mungkin. Mereka tidak akan dapat melaluinya dengan kalvari dan kenderaan berat mereka. Satu-satunya jalan adalah dengan berjalan kaki melalui kawasan kita. Ini adalah berita baik untuk tentera kita.

Semua perhubungan dan komunikasi secara elektronik telah berjaya dipintas oleh pasukan musuh. Tiada sebarang perhubungan melalui elektronik sehingga diberitahu, segala perhubungan adalah secara manual.

Dijangkakan pasukan askar infantri mereka yang ditugaskan sebagai peninjau seramai 50 orang dan pasukan sokongan seramai 400 orang dijangkakan akan menyerbu ke lokasi kita, sebagai jalan untuk melepasi ke arah ibu negara.

Mereka dijangkakan akan menyerang pada tengah malam ini – Tamat Mesej.”



Mesej # 2 – Arahan Bertahan:

“Mula Mesej – Kekalkan posisi bertahan walau apapun terjadi. Gunakan segala sumber yang ada. Bantuan udara akan tiba dalam masa 2 hari lagi – Tamat Mesej”


“Celaka! Ini adalah misi bunuh diri! Kita memang tidak akan selamat untuk mengharungi malam ini. Kekuatan kita sehingga kini hanya tinggal dalam 50 orang sahaja...itu pun belum dikira yang cera parah dan tidak boleh berlawan!”, luah Sarjan Mahadi dengan marah.

8.15 malam...

                Zuiiiinggg.................................

                Sekali sekala peluru melintasi kepala Halim. Beliau berlari-lari di sepanjang laluan parit itu, membawa kotak peluru dan rangsum makanan untuk diagihkan kepada anggota-anggota yang sedang bertempur. Beliau ditugaskan untuk membekalkan peluru dan makanan di samping menyampaikan arahan daripada Sarjan Mahadi kepada setiap anggota. Hanya itu yang beliau bleh lakukan memandangkan tugas beliau sebagai penghantar utusan telah selesai buat masa itu.

                Ddddooooooooooooommmmmmmmmmmmm!!!!!!!!!!!!!!!!

Bebola api setinggi 20 kaki menjulang 15 meter di depan kubu mereka!

                “Fire!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Jeritan daripada lokasi musuh yang berada 600 meter di hadapan mereka memecah suasana malam!

                Zzzzzzuuuuuuuuuuuiiiiinnnnnnnnnnnnnggggggg!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

                Ttttttttttttttttttttrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrtttttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!

                Tembakan bertalu-talu daripada pihak musuh dilepaskan ke arah mereka. Halim tertiarap di atas lantai kubu. Dia melihat rakan-rakannya dengan berani membalas tembakan ke arah musuh bagi menghalang mereka memasuki kubu tersebut. Dia juga melihat 2 kubu lain di kiri dan kanan kubu mereka turut membalas tembakan. Mereka tahu akibatnya jika musuh berjaya mendapatkan mereka...mereka akan disembelih hidup-hidup.....

                Hujan masih turun dengan lebat...........

                Halim dengan pantas berlari masuk ke dalam pusat kubu bagi melaporkan diri kepada Sarjan Mahadi setelah tugasnya tadi selesai.

                “Sarjan......”, Halim menyapa Sarjan Mahadi. Sarjan Mahadi menjeling kepadanya, lalu mendapatkan satu catatan di atas mejanya.

                “Yang menyerang tadi bukan pasukan sokongan mereka, tetapi pasukan peninjau mereka. Mereka berbuat demikian untuk menakutkan kita, menjatuhkan semangat kita terlebih dahulu...sebelum menyerang bersama pasukan sokongan yang akan tiba pada tengah malam ini.”, terang Sarjan Mahadi.

                “Aku baru bercakap dengan kubu sebelah dengan menggunakan morse code lampu. Musuh mempunyai unit sniper, 3 orang utusan kita telah terbunuh semasa pergi antara parit ke parit. Aku takkan risiko kan nyawa kau. Selepas ini kita akan bergelap menunggu ketibaan musuh, dan seterusnya kita akan terputus hubungan sehingga esok pagi....”, jelas Sarjan Mahadi kepada Halim dan beberapa orang lagi Koperal di pusat kubu itu.

“Semua ambil kedudukan masing-masing, dan kita bertahan sehingga esok pagi..semoga Allah melindungi kita...”, Sarjan Mahadi menyampaikan amanat terakhirnya sebelum mereka berjuang mati-matian.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

10.45 malam.....

Zuuuuuiiiiiiinnnnnngggggggggggg..................................
               
                Sekali sekala peluru melintasi di atas kubu....cahaya tracer daripada peluru itu kelihatan seperti garisan cahaya panjang yang melintasi ruang udara...cantik namun membunuh...

Di dalam kubu itu..semua anggota yang masih bermandi hujan menunggu dengan penuh berhati-hati..kerana mereka tahu, mulai saat ini..musuh akan datang menyerbu pada bila-bila masa sahaja...

Kilat sabung menyabung...yang sekali sekala menampakkan dada langit. Lans Koperal Shuib yang ditugaskan bersama-sama Prebet Liseng mengendalikan senjata Super Rapid Machine Gun jenis SRMG X-12 memandang ke hadapan....hanya gelap yang tidak berpenghujung.

“Koperal...apa pun tak nampak kat depan ni...macamana kita nak tahu yang musuh sedang menghampiri kita?”, soal Prebet liseng.

“Kita takkan tahu, namun kau boleh gunakan cahaya kilat tu untuk membantu kau...setiap kali kilat memancar, kau tengok sebarang bayang bentuk manusia di depan. Mungkin boleh membantu kita mengesan musuh”, ajar Lans Koperal Shuib yang agak berpengalaman dalam medan peperangan. Prebet Liseng hanya mengangguk faham..namun Lans Koperal Shuib tidak dapat melihat anggukan itu, kerana suasana terlalu gelap..sehinggakan melihat tapak tangan sendiri pun tidak nampak.

Sebarang cahaya hanya akan menjadikan mereka sasaran peluru musuh.

Halim masih lagi gelisah di posisinya. Dia ditugaskan bersama Medik untuk menghulurkan sebarang bantuan sekiranya terjadi kecederaan kepada anggota yang bertahan. Dia menutupi tubuhnya dengan ponco....hujan terlampau lebat!

Zuinggggg.............. Beberapa peluru melintasi udara...kemudian senyap...

1.23 tengah malam....

                Prebet Liseng resah.....tiada tanda-tanda musuh akan menyerang. Tadi tadi lagi dia melihat ke hadapan, menggunakan cahaya kilat sebagai panduan. Namun tiada sebarang tanda bayang manusia kelihatan di tanah lapang yang sedikit landai di hadapannya..dia terdengar Lans Koperal Shuib menguap.....mungkin mengantuk setelah mereka bertempur selama 3 hari di situ...dia cuba gagahkan matanya..

                Zaaapppppppppppp!!!!!!!!!!!!!! Kilat memancar!

                Prebet Liseng berdebar...dia menggosok-gosok matanya..seperti tidak percaya apa yang dia lihat! Dia terus menumpukan perhatian di depan....

                Zaaappppppp!!!!!!! Kilat memancar lagi!

                Dia tersentak...3 bayang yang dilihatnya tadi seperti bayang manusia di atas tanah..kini berada 10 meter di udara..namun dengan berkepak seperti kelawar!! Dia ternganga....

                “Koperal! Koperal! Saya nampak sesuatu!”, kata Prebet Liseng sambil menggerak-gerakkan bahu Lans Koperal Shuib.

                “Apa dia??!!”, Lans Koperal Shuib hampir menjerit akibat terkejut. Beliau menjangkakan musuh akan menyerang saat itu juga!

                “Ada sesuatu kat depan kita, 50 meter...saya nampak ada 3 bayang..tapi kemudian...”, Prebet Liseng terdiam. Dia pun tidak pasti dengan apa yang dia lihat tadi. Lans Koperal Shuib mengambil binokularnya, lalu meneropong ke hadapan...

                Zaaaaappppp!!!!!!!!!!!!! Kilat memancar...

                “Tak ada apa-apa pun Liseng....mata kau aje ni.”, respons Lans Koperal Shuib. Prebet Liseng masih tidak percaya dengan apa yang dia lihat..mungkin tadi hanya mainan penglihatan dia sahaja..kerana kepenatan.

                Dia terdiam...........

(Bersambung.........)