Sunday 17 February 2013

Dark Side Theory # 1 - Zon Perang! (Bahagian Terakhir)



10.00 malam….

                Syyyuuuuuuuuuuuu....................................................

                Angin sejuk mula menyapu muka Halim. Tanpa membuang masa, lantas dia memegang kemas senjata apinya. Dia melihat Koperal Hashim mengisi cepat-cepat beg sandangnya dengan ubat-ubatan yang disusun sebentar tadi. Hashim memandang kembali kepada Halim, berpandangan. Kemudian mereka mengalihkan pandangan mereka ke hadapan.

                Syyyyuuuuuuuuuuuuuuuu................................................................

                Tiupan angin sejuk itu semakin bertambah laju sehinggakan debu-debu mula berterbangan. Halim dan Hashim dengan pantas menundukkan kepala mereka bagi mengelakkan mata mereka dimasuki habuk. Jarak Halim dan Hashim dengan anggota yang lain adalah lebih kurang 20 meter. Di dalam suasana yang amat gelap malam itu, masing-masing hanya mampu melihat pasangan di sebelah mereka sahaja. Amat sukar untuk melihat rakan-rakan lain di lokasi bertahan mereka.

                Tiba-tiba Halim tersentak! Dia melihat seperti sesusuk tubuh manusia berada di sebelah Koperal Hashim. Halim jatuh terduduk lalu mengesot ke belakang sementara Koperal Hashim memandangnya kehairanan.

                “Kenapa Halim?!”, soal Koperal Hashim kehairanan, sambil menunduk-nundukkan kepalanya untuk melindungi debu-debu yang berterbangan yang memenuhi ruang udara kawasan itu.

                “Sebelah kau Hashim.....!!!!!!”, jerit Halim kepada rakannya tersebut.

                Ianya sudah terlambat....

                Ketika Koperal Hashim memusingkan kepalanya ke belakang, dia ternganga melihat satu lembaga berbentuk manusia tetapi berkepala dan bersayap seperti kelawar berada di depannya. Lembaga itu mengembangkan sayapnya lalu tangannya mencengkam kepala Koperal Hashim!

                Tanpa sebarang amaran, lembaga itu melibaskan sayapnya lalu meluncur ke atas sambil membawa Koperal Hashim bersamanya. Halim mengangkat senjatanya lalu menghalakan kepada lembaga tersebut, namun ianya sudah terlambat kerana lembaga tersebut telah hilang ditelan kegelapan malam. Halim tergamam! Lututnya menggigil!

                Halim tidak menyangka musuhnya itu akan menyerang terlalu awal. Dalam ketakutan dia berlari keluar dari kubu parit tersebut, lalu berlari ke arah belakang. Dalam fikirannya, dia mesti keluar dari kubu tersebut. Menunggu di situ bererti dia menempah maut!

                Dia terus berlari laju tanpa menoleh ke belakang. Dalam kira-kira setelah 50 meter dia melarikan diri, tiba-tiba dia tersadung sesuatu lalu terjatuh. Dia meraba-raba dalam kegelapan. Setelah menggapai lampu suluhnya, dia menghidupkannya lalu menyuluh ke arah benda yang menyebabkannya terjatuh sebentar tadi.

                Dia menjerit!!

                Halim menjerit kerana apa yang disuluhnya...adalah mayat Sarjan Mahadi. Yang lebih menakutkan, jasad ketuanya itu hanya tinggal dari kepala hingga ke pinggang sahaja. Bahagian kaki dan ke bawah telah terputus!!!

Kemungkinan Sarjan Mahadi telah disambar oleh makhluk tersebut, dibawa terbang...... seterusnya di baham oleh makhluk itu semasa di udara yang kemudian jasadnya dicampak di situ.

                Halim terus menggigil.

                Apabila dia memandang ke arah kubu, barulah dia perasan bahawa jelas kedengaran bunyi tembakan dan jeritan manusia dari situ. Namun dia tidak dapat melihat apa yang sebenarnya telah berlaku kerana sinaran lampu suluhnya hanya mampu menerangi pada jarak 20 meter sahaja. Halim dengan pantas meraba-raba peralatan pada jasad Sarjan Mahadi.

                Kemudian, dia mendapati sepucuk pistol suar (signal pistol) tersisip di poket baju yang dipakai Sarjan Mahadi. Lantas, dengan pantas Halim mencabut pistol tersebut lalu menghalakannya ke arah atas kubu parit tersebut. Dia terus menekan picu.....

                Zzzzooooooooooosssssssssshhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

                Projektil dari peluru suar keluar dari laras lalu menuju ke arah kubu.....

                Dari kedudukannya, Halim jelas melihat keadaan kelam kabut di sana...kelihatan lebih kurang 10 ekor makhluk bersayap sedang berterbangan menyambar rakan-rakannya yang sedang berusaha mempertahankan diri mereka. Jeritan dan raungan mereka yang sedang bergelut dengan makhluk tersebut, memenuhi ruang malam...Dari situ Halim tahu yang mereka tidak akan menang dalam pertarungan tersebut.

                Dengan pantas, dia bingkas bangun dari kedudukannya dan berlari ke arah hutan. Tidak semena-mena, dia terjatuh ke dalam satu lubang yang dipenuhi oleh air hujan....

                “Bedebushhhhhh!!!!!!!”, dia tenggelam keseluruhan badannya. Sebaik sahaja timbul di paras air, dia terus berpaut ke tepi. Dia tergamam apabila terlihat salah seekor makhluk tersebut, terbang di sekitar dan terus mendarat di tanah berhampirannya. Halim terus masuk kembali ke dalam air...dan kemudian menimbulkan kepalanya di bawah timbunan daun-daun serta dahan pokok yang berada di permukaan air untuk mengelakkan dirinya dikesan oleh makhluk tersebut.

                Dalam samar-samar, Halim melihat mahkluk terbang itu berjalan di sekeliling lubang air tersebut..sambil melilau memerhati keadaan sekitar..... kemudiannya terpandang ke persembunyian Halim. Makhluk itu merenung lama....kemudian datang menghampirinya.......

Jantung Halim berdegup kencang...lantas dia mencabut bayonetnya yang tersarung di peha kanannya..lalu menggenggam kemas....

                “Kalau aku mati malam ni, aku mahu mati dengan melawan...”, Halim berkata-kata dalam hati dengan tujuan untuk meneguhkan lagi pendirian dan semangatnya.

                Makhluk itu semakin menghampiri.....namun ketika jaraknya dalam 5 meter dari kedudukan Halim, langkah mahkluk itu terhenti apabila melihat salah seorang dari anggota kubu tersebut berlari di hadapannya sebagai cubaan melarikan diri dari situ.

                Zzzzzzzzzaaaaaaaaaaaasssssssss!!!!!!!!!!!! Dengan pantas mahkluk itu mengibaskan sayapnya lalu terbang menerkam ke arah anggota tadi......terus di bawa terbang ke udara.

                Lantas dengan seberapa segera, Halim mengambil peluang itu untuk keluar lari lubang itu lantas menuju ke hutan. Ditangannya masih menggenggam bayonet.

                “Wwwwwwrrrrrrriiiiiiieeeeeeeeeekkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”, tiba-tiba salah seekor makhluk tersebut ternampak Halim lalu menerkamnya dari belakang!

                “Arrrrrrrrhhhhhhhhhgggggggggggggghhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!”, Halim menjerit sekuat hatinya, namun dia bernasib baik kerana kuku-kuku tajam makhluk itu tidak dapat menembusi tubuhnya, kerana ia hanya dapat mencengkam beg galas yang dipakai oleh Halim. Halim meronta-ronta pada ketinggian 15 meter di udara. Dengan reaksi mempertahankan diri yang pantas, Halim mencabut suar isyarat yang terselit di dada lalu dinyalakannya. Serentak dengan itu, dia mencucuk punca suar isyarat yang sedang membakar itu ke leher makhluk terbang tadi!!!

                “Nah!! Ambik kau jahanam!!”, teriak Halim sambil menekan-nekan suar itu ke leher makhluk misteri tersebut.

                “Wwwwwwrrrriiiiiieeeeeeeeeeekkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”, makhluk itu melolong sambil menggelupur di udara! Halim masih  tetap menekan suar itu ke leher makhluk jahanam tersebut sekuat-kuatnya! Kesakitan dibakar oleh api suar itu menyebabkan makhluk itu terbang tidak tentu arah di udara, sambil ia menjerit-jerit kesakitan. Namun ia masih tidak melepaskan cengkamannya pada beg galas Halim. Mereka berdua berpusing-pusing di udara.

                Dddddddduuuuuuuuuussssssssssssshhhhhhhhhh!!!!!!!, kedua-dua jasad itu jatuh di tepi lereng sebuah bukit lalu sama-sama bergolek menuruni lereng bukit itu ke sebuah gaung.

                “Arrrrrrggggggghhhhhh!!!!!!!”, Halim menjerit ketika tubuhnya jatuh bergolek di sepanjang curam bukit. Makhluk tersebut turut sama jatuh terguling bersama Halim.

                Bbbbbbbbbuuuuuuuukkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!! Halim dan makhluk tersebut tercampak ke atas tanah di dasar cerunan bukit itu. Pandangan Halim kabur................kepalanya berpinar.

                Dia gagahkan diri untuk berdiri....namun kakinya masih lemah. Setelah bersusah payah, dia akhirnya berupaya untuk bangun juga. Namun sebaik sahaja Halim berdiri........

Dddddddduuuuuuuuuuuuuppppppppppppppppppp!!!!!!!!!...........makhluk tadi yang jatuh bersama-sama dengannya, menerkam ke arah Halim dan menolak tubuhnya ke arah tebing tanah di belakangnya.

                “Aaaaaaaarrrrrrrrrrhhhhhhhhhhh...............” Halim meraung kesakitan tatkala kuku tajam makhluk tersebut menembusi daging bahunya..tanpa melepaskan cengkaman jarinya ke atas kedua-dua belah bahu Halim, ia terus mengangkat dan menolak tubuh Halim sehingga belakang Halim tersandar di tebing tanah yang terletak di situ. Kedua-dua kaki Halim terangkat dari tanah.

                Mereka berhadapan antara satu sama lain secara rapat. Halim menyeringai disebabkan kesakitan cengkaman makhluk tersebut pada bahunya..Bau daging terbakar menusuk-nusuk hidung Halim. Dia tahu bahawa leher musuhnya itu sudah cedera teruk.

                “Heh....”, Halim tersenyum sinis. Berjaya juga dia mencederakan makhluk jahanam ini. Dalam samar-samar..Halim melihat makhluk tersebut membuka mulutnya dengan luas.....sehingga menampakkan gigi-gigi tajam dan taring-taring runcing...menunjukkan ia bersedia untuk membaham Halim...

                “Arrrrrrrrrrrrgggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”, jeritan Halim memenuhi ruang malam di bawah dasar gaung tersebut.......

               
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
10.50 pagi………….
Dari kejauhan, terdengar bunyi enjin pesawat-pesawat udara sedang menuju ke lokasi zon peperangan iaitu lubang-lubang kubu yang dipertahankan oleh anggota-anggota Batalion Infantri ke-31. Kubu-kubu pertahanan tersebut adalah di bawah pemerintahan Mejar Rahim dan dibantu oleh Sarjan Mahadi serta beberapa orang sarjan lain. Kubu-kubu tersebut juga adalah lokasi penting bagi mengelakkan kemaraan musuh ke ibu negara. Bantuan udara yang datang itu adalah dari pasukan sahabat dari Markas Utama, seperti yang dinyatakan di dalam mesej 2 hari sebelumnya.
Kelihatan 4 buah pesawat udara jenis VL – 240 menghampiri kawasan tersebut. Ianya adalah jenis pesawat berbentuk seperti kapal terbang namun mempunyai keupayaan untuk mendarat dan dilancarkan secara menegak (Vertical Landing/Launching) dengan bantuan kuasa jet yang boleh diubah haluan muncung enjinya. Kelihatan pesawat-pesawat tersebut mendarat di suatu kawasan lapang berhampiran lokasi lubang-lubang kubu tersebut. Sebaik sahaja pintu-pintu pesawat dibuka, kelihatan askar-askar lengkap bersenjata menyerbu keluar dan mengambil kedudukan seterusnya membuat parameter pertahanan di sekeliling kawasan itu.
Setelah semuanya selamat, kelihatan seorang pegawai tentera berpangkat Leftenan Kolonel (Lt Kol) keluar dari pesawat tersebut dengan diiringi beberapa orang pegawai. Dia memantau sekeliling kawasan tersebut.
“Tuan….tempat ni macam tiada orang…ke mana mereka semua pergi..?”, tanya salah seorang pegawai berpangkat Mejar yang berada di sebelah Lt Kol tersebut. Lt Kol tersebut hanya mendiamkan diri..sambil memikirkan sesuatu.
“Dengar sini!…arahkan anggota-anggota kita periksa seluruh tempat ni. Namun siapkan pertahanan keliling dahulu, mungkin masih ada saki baki musuh di luar sana. Walau apapun terjadi kepada anggota-anggota kita di sini, kita mesti mengesan mereka samada mereka masih hidup atau telah mati! Mereka semua ini adalah wira, tanpa mereka mempertahankan kawasan ini, pihak musuh mungkin sudah memasuki ibu negara kita!”, perintah Lt Kol Yusoff dengan tegas.
                “Baik Tuan!!!!”, balas pegawai-pegawai disekelilingnya dengan serentak.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
                11.45 pagi……………..
                “Tuan!! Di sini!!”, laung salah seorang anggota yang terlibat di dalam operasi mencari dan menyelamat itu, seperti telah menjumpai sesuatu. Lantas pegawai berpangkat Mejar tersebut berlari ke arah anggotanya itu.
                “Kami nampak dia tertimbus di sebalik simen ni. Mungkin simen tempat pos pemerhati ini runtuh dan menimbusnya. Nasib baik dia masih hidup.”, terang anggota tersebut sambil mengangkat tubuh anggota yang terselamat itu.
                “Siapa nama kamu?”, soal Mejar .
 Anggota yang terselamat itu tidak menjawab. Dia kelihatan lemah..tubuhnya diseliputi tanah dan lumpur.. juga terdapat kesan luka yang masih mengalirkan darah manakala pakaian seragamnya juga koyak rabak. Keadaannya parah namun tidak kritikal.
                “Bawa dia ke pesawat untuk rawatan”, arah Mejar tersebut lagi.
               
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
               
3.15 petang………………
Lt Kol Yusoff melawat ke ruang perubatan untuk melihat keadaan anggota yang terselamat tadi. Kelihatan 3 orang doktor tentera sedang menjahit luka-luka di tubuh anggota itu, manakala anggota anggota tersebut diberi bantuan pernafasan dengan menggunakan topeng oksigen.
“Keadaannya agak stabil….”, terang salah seorang doktor tersebut kepada Lt Kol Yusoff.
“Siapa namu kamu anggota…?” soal Lt Kol Yusof perlahan sambil berdiri di sebelah anggota tersebut.
“Saya……….saya………nama saya…Prebet……Liseng anak Aming….tuan..”, balas anggota tersebut dengan kepayahan.
Tiba-tiba salah seorang pegawai berpangkat Mejar masuk ke ruang tersebut.
                “Salam Tuan, nampaknya anggota kita sudah selesai membuat pemeriksaan di seluruh kawasan ini. Tiada sebarang kesan dan jejak baki pegawai dan anggota yang mempertahankan kubu ini. Mereka semua seolah-olah sudah lenyap, begitu juga dengan pihak musuh. Yang terselamat hanyalah anggota seorang ini sahaja.”, lapor salah Mejar kepada Lt Kol Yusoff.
                “Tuan, arahan dari Markas Pusat supaya semua pesawat mesti beredar dari sini sebelum jam 4.00 petang….Mohon arahan dari tuan.”, jelas Mejar tersebut lagi.
                “Baik, kita akan berlepas dalam masa 20 minit lagi. Tapi tempatkan seramai 20 orang anggota di kubu ini sebagai pos kawalan. Lengkapi mereka dengan rangsum, senjata dan peluru untuk 3 hari. Mereka akan melaporkan kepada markas situasi di sini sepanjang 3 hari ini.”, Lt Kol Yusoff memberi arahan.
                “Jaangaann!!!!!!! Jangannnnnnnn Tuannnn!”, tiba-tiba Prebet Liseng bangun dari katilnya sambil meracau-racau. Doktor-doktor tadi lantas memegang dan membaringkan kembali Prebet Liseng di katilnya.
                “Jangan tinggalkan mereka di sini!!! Mereka akan mati Tuan!!!!!!!”, jerit Prebet Liseng lagi. Dia terus menggelupur dan meronta-ronta untuk melepaskan diri.
                “Tuan!! Kadar denyutan jantungnya meningkat sekali ganda!!!”, jerit salah seorang doktor tersebut cemas.
                Prebet Liseng terus meronta!!!
                “Hhhhuuuuuukkkkkkkkk!!!!!!!!!”, dia memuntahkan darah dan matanya terbeliak!
                “Kita akan kehilangan dia!!!!! Dia mengalami keracunan darah!!!!” balas seorang doktor lagi. Doktor-doktor tersebut kelihatan kelam kabut cuba menstabilkan keadaaan Prebet Liseng.
                Tttttttttttttttttttiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiitttttttttttttttttttttttttttttt……………………………………………………………………… mesin pemantau dengupan jantung berbunyi…..menandakan tiada kesan denyutan jantung lagi pada Prebet Liseng. Ia juga menunjukkan yang hayat Prebet Liseng hanya sampai di situ sahaja.
                Lt Kol Yusoff hanya menggelengkan kepala dan mendengus……
                “Mejar, batalkan arahan saya tadi. Kita semua bertolak balik sekarang juga….”, kata Lt Kol Yusoff.
                “Baik Tuan…..”, balas Mejar tersebut sebagai tanda mematuhi arahan tadi.
                Lt Kol Yusoff menghampiri jasad Prebet Liseng…dan dengan telapak tangannya, dia meraut wajah Prebet Liseng bagi menutup matanya yang masih terbeliak itu.
                “Apa yang berlaku sebenarnya askar……..”, soal Lt Kol Yusoff perlahan…di antara kedengaran ataupun tidak…dia mungkin menyoal dirinya sendiri, berkaitan apa yang berlaku di sebalik semua peristiwa ini.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3.30 petang………………..
                Kelihatan 4 pesawat meninggalkan zon peperangan tersebut. Pesawat-pesawat tersebut bergerak perlahan menuju ke utara.
                Di cermin kokpit, Lt Kol Yusoff memandang ke bawah untuk melihat susasana kubu tersebut dari atas. Dia termanggu….Dia pasti, keberanian mereka menyekat kemaraan pihak musuh akan menjadi sejarah dan kebanggaan untuk generasi akan datang. Namun, misteri kehilangan mereka juga akan menjadi pertanyaan…sehinggalah ada yang berani mencari kebenarannya di sini.
                Pesawat-pesawat tersebut terus meninggalkan zon peperangan itu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
               
                Di balik rimbunan pokok dan daunan, Koperal Halim tersedar dari tidurnya…sementara di tangannya masih tergenggam kemas bayonet miliknya yang digunakan untuk mengelar leher makhluk itu malam tadi. Dia melihat jasad makhluk itu kaku berhampirannya dengan urat-urat lehernya terputus dan tersembul keluar…lidah makhluk itu terjelir!!
                Tiba-tiba dia melihat 4 pesawat udara terbang melintasi kepalanya…dia cuba bangun namun tidak berupaya kerana kecederaan pada kakinya malam tadi. Dia menjerit-jerit memanggil ke arah pesawat tersebut, namun hampa apabila melihat pesawat tersebut terus berlalu pergi….seterusnya hilang dari pandangan…..
                “Ssssiiiaaaaaaaalllll………………….”, rungut Halim. Dia tahu pesawat tersebut takkan kembali, sementara malam akan menjelma beberapa jam lagi. Dia menggenggam kemas bayonetnya!
- TAMAT-

Sunday 9 December 2012

Dark Side Theory # 1 - Zon Perang! (Bahagian Ketiga)


Zon Perang! (Bahagian Ketiga)
    
                 5.45 petang….

                7 orang lelaki berpakaian askar kelihatan berlari laju memanjat bukit, lalu menuju ke kubu parit.
               
                “Tuan, mereka dah pulang!”, jerit salah seorang anggota yang ditugaskan sebagai pemerhati kubu, kepada Sarjan Mahadi.

                Sarjan Mahadi bergegas keluar dari pusat kubu lalu pergi ke arah pemerhati tersebut. Dia melihat hanya 7 orang sahaja anggotanya yang pulang...sedangkan sebelum ini dia menghantar seramai 8 orang anggota untuk meninjau ke lokasi musuh tersebut.

                “Sulaiman, apa yang terjadi?”, soal Sarjan Mahadi kepada Sarjan Sulaiman berkenaan perkara tersebut.

                “Sarjan, sesuatu yang buruk telah berlaku…kita kena bersiap sedia mulai sekarang. Saya dah tahu dengan apa yang kita akan berhadapan!”, terang Sarjan Sulaiman. Dia seterusnya menceritakan apa yang telah berlaku sewaktu operasi meninjau di lokasi pihak musuh petang tadi!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                3.50 petang (2 jam sebelum itu.................), di lokasi pihak musuh....

                “Koperal Isnin, Prebet Liseng! Pergi arah kanan! yang lain ikut saya ke kiri!”, perintah Sarjan Sulaiman kepada anggota-anggotanya. Mereka berjalan berhati-hati mengelilingi timbunan mayat di tengah-tengah kawasan lapang tersebut.

                Koperal Halim masih menggigil, perkara sebegini tidak pernah terlintas di benaknya. Dia menyertai tentera bukan untuk mati dengan sesadis ini!

                Kebanyakan mayat-mayat tersebut telah dilapah dagingnya, yang tinggal hanyalah tulang belulang, kulit serta rambut. Hanya sisa pakaian  seragam yang masih melekat pada mayat-mayat tersebut, yang membezakan antara mayat rakan dan musuh mereka. TerdapatkKira-kira lebih kurang sebanyak 70 mayat yang bertimpa-timpa di situ.

                “Sarjan! Dekat sini!!”, jerit Koperal Isnin dari belakang timbunan mayat tersebut.

                Masing-masing berlari ke arah Koperal Isnin dan Prebet Liseng. Apabila mereka menghampiri mereka berdua, mereka melihat ada satu lubang besar berdiameter lebih kurang 10 meter di atas tanah. Lubang itu masih baru dengan kesan timbunan tanah di sekelilingnya.

                “Sarjan.......kesan lubang ni..macam ianya digali dari bawah tanah. Maknanya, ianya bukan digali tetapi dikorek dari bawah..ada sesuatu yang keluar melalui lubang ini dari bawah tanah...mungkin ianya bersambung dengan sebuah gua”, terang Koperal Isnin setelah meneliti sekitar lubang tersebut, dengan suara yang tersangkut-sangkut...mungkin kerana dia sendiri seperti tidak percaya dengan apa yang dia katakan.

                “Wwwwwwwrrrrrrrrrriiiiiiekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!”, bunyi nyaring bergema dari dalam lubang tersebut!

                Mereka berlapan terkedu!

                “Kita masuk!” kata Sarjan Sulaiman secara tiba-tiba. Kesemua anggota semakin bertambah kedu!

                Sarjan Sulaiman turun ke dalam lubang tersebut, diikuti anggota-anggotanya yang lain. Mereka semua mencekah senjata dan membuka suis lampu suluh di laras senjata masing-masing.

                Lubang tersebut hanya sedalam 4 meter sahaja, seterusnya mendatar ke arah yang lebih dalam. Mereka berjalan perlahan sambil menyuluh di sekitar dinding lubang tersebut.

                “Sarjan...lubang ni bersambung dengan sebuah gua..”, bisik Koperal Isnin kepada Sarjan Sulaiman. Sarjan Sulaiman tidak menjawab. Dia terus memerhati ke sekeliling. Tiba-tiba dia terkaku..dia terdengar bunyi seperti seseorang sedang bernafas dengan kuat, sesekali seperti suara menangis...

                Koperal Halim mengusap-ngusap tengkuknya...mereka masing-masing berpandangan sesama sendiri. Sarjan Sulaiman terus berjalan ke hadapan dengan berhati-hati, melihat tindakan ketua mereka itu..anggota yang lain pun mengambil tindakan yang sama..namun kali ini jari mereka sudah dipicu senjata! Siap sedia untuk memuntahkan peluru jika ada apa-apa yang muncul secara tiba-tiba!

                Suara nafas dan diselang-seli seperti suara menangis itu, semakin lama semakin jelas.......

                Mereka semua berhenti! Suluhan cahaya lampu suluh mereka menyuluh sebentuk tubuh seorang lelaki di hadapan mereka..lelaki itu sedang mencangkung dan menghadap ke arah dalam gua. Susuk tubuhnya diselubungi dengan kain seperti kain guni..tubuhnya terhenjut-henjut..mengikut rentak nafasnya yang kuat...yang diselangi dengan suara tangisan.....

                Sarjan Sulaiman dan anggota-anggotanya berpandangan sesama sendiri!

                Sarjan Sulaiman memandang ke arah Koperal Isnin, dan memberi isyarat kepala supaya dia memeriksa lelaki terbabit. Koperal Isnin memandang lama ke arah Sarjan Sulaiman, sebelum bergerak ke depan....secara perlahan-lahan....yang lain bersiap sedia menghalakan laras senjata masing-masing ke arah lelaki misteri itu.

                “Siapa tu?! Perkenalkan diri!!”, arah Koperal Isnin sambil menghampiri lelaki berselubung itu dengan berhati-hati. Lelaki itu tidak menjawab.

                “Kamu dari pasukan musuhkah? Apa yang terjadi dengan pasukan kamu?!!”, soal Koperal Isnin lagi. Dia semakin menghampiri lelaki yang sedang mencankung membelakanginya itu. Koperal Isnin sampai 2 kaki di belakang lelaki yang mencangkung itu...dia melihat lelaki itu sedang menundukkan kepalanya ke bawah..seperti sedang memegang sesuatu..namun dia tidak begitu jelas dengan apa yang dipegang oleh lelaki terbabit.

                Koperal Isnin memandang ke arah belakang, kepada Sarjan Sulaiman....dan memalingkan semula kepalanya ke depan..

                “Wwwwwwwwwrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrriiiiiiiiiiiiiiiiiieeeeeeeeeeeeeeeeeeekkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”

                Lelaki berselubung itu bangun!!!!!!! Tepat di depan Koperal Isnin!!

                Wajahnya nya seperti kelawar namun bertaring! Dan sayapnya dikembangkan!! Lantas memeluk Koperal Isnin lalu ia meluncur terbang hilang ditelan kegelapan gua tersebut!!!!!!!!!!

                “’Aaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrggggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”, jeritan Koperal Isnin yang semakin sayup kedengaran.....jeritannya diiringi bunyi kibasan kepak makhluk tadi...semakin lama, bunyi jeritan tersebut semakin menjauh...dan terus hilang!

                Semuanya berlaku tidak kurang dari 6 saat! Sarjan Sulaiman dan yang lain terkaku!

                “Laaaaaaarrriiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”, jerit Sarjan Sulaiman. Mereka bergegas menuju ke arah lubang gua tadi dengan kelam kabut sehinggakan suluhan lampu suluh mereka kelihatan tidak tentu arah. Dalam kepala masing-masing, apa yang penting adalah mereka mesti keluar dari gua tersebut. Mereka yakin yang makhluk itu bukan hanya seekor itu sahaja di gua itu!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

6.15 petang...........

                “Saya tak mampu nak selamatkan dia Sarjan....semuanya di luar dugaan saya.”, luah Sarjan Sulaiman dengan kesal.

                “Tak apa Sulaiman, benda ini kita pun tak jangka. Apa yang kita boleh buat sekarang, kita kena bersiap sedia..kita pun tak tau dengan makhluk apa yang kita berhadapan ini. Yang kita tahu, malam ini ia akan datang lagi seperti malam semalam..mungkin mencari manusia sebagai makanannya, dan sasarannya kali ini adalah kita”, jelas Sarjan Mahadi.

                “Kita kumpulkan semua orang, bagi taklimat dan buat persediaan menentang makhluk-makhluk tersebut. Kita kena pantas, maghrib akan masuk sekejap saja lagi!”, arah Sarjan Sulaiman sambil melihat ke kaki langit.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

7.36 petang.........

                Prebet Liseng dan Lans Koperal Shuib memeriksa senjata SRMG X-12nya untuk kali terakhir. Beberapa minit lagi matahari akan terbenam sepenuhnya. Mereka berdua tak akan ambil sebarang risiko hanya kerana senjata tersebut tidak berfungsi sewaktu makhluk tersebut menyerang kelak. Walaupun senjata tersebut adalah senjata yang dikendalikan oleh mereka berdua, namun mereka juga dibekalkan dengan senjata api untuk kegunaan individu di waktu kecemasan.

                “Koperal, agak-agak makhluk kelawar tu boleh mati ke dengan senjata kita ni?”, soal Prebet Liseng dengan ragu-ragu. Dia sendiri menyaksikan bagaimana Koperal Isnin di bawa lari oleh makhluk tersebut petang tadi. Dia trauma!

                “Aku pun tak pasti Liseng, tapi peluru ini 12 milimeter..kau tembak pesawat udara pun boleh jatuh. Inikan pulak makhluk bernyawa!”, Koperal Shuib cuba meyakinkan anak buahnya itu. Memang benar peluru senjata itu mampu menjatuhkan pesawat udara..namun itu adalah fakta..bagaimana pula dengan makhluk misteri ini...dia pun masih belum yakin dengan apa yang mereka mampu buat malam ini, sebagai usaha untuk melawan balik.

                “Eeeerrmmmmppphhhhhhh................”, Lans Koperal Shuib mengeluh panjang, dia hanya berdoa di dalam hati.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
               
                Koperal Halim berlari sepanjang parit tersebut dengan membawa bekas berisi makanan. Hari sudah mulai gelap, tiada sebarang tanda bintang dan bulan akan kelihatan pada malam ini.....dia dengan pantas menuju dari satu posisi ke satu posisi anggota-anggota yang lain bagi menghantar makan malam. Dia kena menyempurnakan tugasnya sebagai penghantar makanan kepada anggota-anggota itu.. kerana dia tahu, ini akan meningkatkan moral mereka semua apabila mereka menikmati makanan tersebut.

                Dia kena pastikan tiada anggota yang masih belum makan sewaktu makhluk tersebut menyerang!

8.25 malam......

                Sarjan Mahadi dan Sarjan Sulaiman sedang duduk di pos pemerintahan kubu parit tersebut sambil memegang cawan besi berisi kopi panas. Ianya bagi memastikan mata mereka terus terbuka untuk memerhati kawasan di sekitar mereka..dan mungkin  juga mereka beranggapan kopi itu adalah sebagai kopi terakhir yang akan dinikmati  mereka.

                “Sarjan...walau macam mana sekalipun..kita kena harungi malam ini juga. Bantuan udara akan sampai esok, mungkin juga mereka akan datang sekali dengan pesawat pengangkut untuk bawa kita semua pulang.”, luah Sarjan Mahadi kepada Sarjan Sulaiman. Suara Sarjan Mahadi itu turut didengari oleh 2 orang Koperal yang berada di dalam pos pemerintahan tersebut yang berbentuk segi enam itu.

                “Sarjan...apa sebenarnya makhluk ini? Syaitan atau iblis? Atau makhluk purba? Kenapa mereka tiba-tiba boleh muncul di sini?”, tanya salah seorang Koperal tadi.

                “Aku pun tak tau Koperal...tapi mungkin mahkluk ini dah tinggal lama di bawah tanah, mungkin jin...mungkin tidak...mungkin setiap beberapa belas tahun..mereka akan muncul dari tanah, mengumpul makanan mereka..mungkin juga bunyi letupan dan pengeboman peperangan ini mengejutkan mereka...entahlah...lagipun hutan tempat kita berperang ini sudah berusia berjuta tahun...macam-macam boleh berlaku.”, jawab Sarjan Mahadi menjelaskan pendapatnya..

                Kesemua yang berada di dalam pos tersebut mengangguk perlahan, tanda setuju.

9.53 malam........

                Halim memandang ke hadapan...kosong dan gelap. Dia kemudian membetulkan kedudukannya. Di sebelahnya adalah Koperal Hashim, yang merupakan seorang medik bagi unit tersebut. Kelihatan Koperal Hashim masih sibuk mengemas dan menyusun peralatan perubatannya..sebagai menghadapi peperangan yang bakal berlaku sebentar sahaja lagi.

                “Dah mula..........”, tiba-tiba Halim berkata sesuatu dengan perlahan sambil memandang kosong ke arah hadapan.

                “Apa dia Halim?”, tanya Koperal Hashim, dia kurang jelas dengan apa yang diperkatakan oleh Halim tadi.

                “Dah bermula............................”, ulang Halim.

                Serentak dengan itu Koperal Hashim bingkas memandang ke hadapan..tiupan angin sejuk yang lembut mula menyapu wajahnya. Dia memegang kemas senjatanya!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                “Koperal....”, Prebet Liseng memandang Koperalnya.

                “Kau dah sedia Liseng?”, soal Koperal Shuib.

                Prebet Liseng mengangguk, dia menggertap giginya. Mereka berdua merebahkan badan dan menghalakan laras 12 milimeter itu ke hadapan!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                “Mereka dah datang.................”, beritahu Sarjan Mahadi kepada semua yang berada di dalam pos pemerintahan.

                Semua mereka mengambil kedudukan....kedengaran Sarjan Sulaiman membaca doa dengan perlahan....

                Tiupan angin lembut semakin sejuk......awan hitam mula menutupi ruang angkasa...tiupan angin sejuk yang mula bertiup lembut...semakin lama semakin kuat....sehinggakan hawa sejuk tersebut membuatkan bulu roma mereka yang berada di kubu tersebut meremang...

                Mereka semua tahu bahawa musuh mereka ini bukan sebarangan...

Wwwwwwwwwwrrrrrrrrrrrriiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiieeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

                Jeritan dari jauh memenuhi ruang malam..........!!!!!

                (Bersambung ke Bahagian Terakhir!)