Sunday, 2 December 2012

Dark Side Theory #1 – Zon Perang! (Bahagian Kedua)



Zon Perang! (Bahagian Kedua)

2.10 pagi….

                Sarjan Mahadi mendengus dengan kuat……….sehingga dengusannya itu didengari oleh Koperal Hassan yang berada di sebelahnya..Koperal Hassan adalah merupakan orang kanannya di dalam pemerintahan kubu parit tersebut dan mereka berdua sudah lama berkerjasama di dalam menghadapi peperangan-peperangan sebelum ini.

                Mereka dan beberapa orang lagi berlindung di sebuah pos berbentuk segi enam, yang berada di sebelah khemah pemerintahan di dalam kubu sepanjang 50 meter itu. Pos itu yang dibina daripada simen dan besi, mampu menempatkan sehingga enam orang anggota serta melindungi mereka daripada serangan mortar dan senjata kecil pihak musuh. Ianya adalah dikhaskan untuk kegunaan ketua kubu parit semasa meninjau dan mengatur serangan ke atas musuh.

                “Sarjan..dalam beberapa jam lagi akan masuk waktu subuh, namun masih tiada tanda-tanda musuh akan menyerang kita. Apa yang agaknya mereka rancangkan?...”, soal Koperal Hassan setelah mendengar degusan ketuanya tadi.

                “Saya pun tidak pasti..tembakan dari arah mereka pun sudah semakin berkurang…adakah mereka berundur…..? tapi ini tidak mungkin kerana kelebihan adalah di pihak mereka..saya pun tidak pasti…”, terang Sarjan Mahadi perlahan..dia sedang memikirkan sesuatu.

                Ttttttttttttttttrrrrrrrrttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Zuuuuuuuuuiiiiiiiiiiiiiinnnnnnnnggggggggg!!!!!! Zzzuuuuuuuuiiiiiiiiiiiinnnnngggggg!!!!!!!!!!

                Tiba-tiba hujan peluru dilepaskan oleh pihak musuh!!!             

                “Sediaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”, Jeritan Sarjan Mahadi memenuhi setiap sudut ruang di sekitar kawasan tersebut.

Koperal Halim tersentak!!

Prebet Liseng dan Koperal Shuib pantas menghalakan senjata SRMG X-12 tersebut ke arah musuh!!

3 saat………

5 saat………

10 saat……..

                16 saat berlalu…….

                Namun masih tiada arahan tembakan dilaungkan dan tiada satu pun tembakan dilepaskan dari arah kubu parit mereka!

                “Sarjan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” jerit suara salah seorang anggota yang berada di dalam kubu tersebut, meminta arahan untuk menembak.

                Sarjan Mahadi tersentak! Namun dia terus memandang ke hadapan, ke arah musuh. Kelihatan musuh sedang menghujani peluru-peluru mereka dari pelbagai sudut. Namun, yang paling mengejutkan..sasaran peluru itu adalah bukan untuk kubunya!!

Musuh sedang menembak secara rambang ke arah udara!!!!!!!!!!!!!!!

Zzzzzzuuuuuuiiiiiiiinnnnnggggg!!!!!!!! Zzzzzuuuuiiiiinnnnnnngggg!!!!!! Beberapa peluru dari pihak musuh tersasar ke arah mereka.

“Tembaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”, Jeritan arahan Sarjan Mahadi kepada anggota-anggotanya memecah suasana yang kelam kabut itu.

Tttttttttrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrtttttttttttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Tembakan dilepaskan oleh setiap anggota yang memegang senjata ke arah lokasi musuh yang berada lebih kurang 500 meter di hadapan kubu mereka. Sarjan Mahadi melihat terdapat juga tembakan dari kubu-kubu bersebelahan ke arah lokasi musuh. Dia berharap kekuatan musuh tidaklah terlalu ramai seperti mesej yang diterimanya sebelum ini, jika tidak, mereka akan maut sebelum pagi menjelang!!

Prebet Liseng masih menekan picu SRMGnya sambil menjerit! Kelihatan tracer daripada ekor setiap butir peluru yang dimuntahkan senjata itu membelah kegelapan malam. Menuju ke arah lokasi musuh dan mencantas mangsanya. memang malang jika terdapat mangsa yang berada di laluanya!

Halim pada masa yang sama berjalan laju sambil menundukkan kepalanya di sepanjang laluan parit itu. Dia membawa kotak-kotak peluru bersama-samanya dan membekalkan kepada anggota-anggota yang sedang melepaskan tembakan ke arah musuh, adalah amat penting bagi rakan-rakannya yang sedang berjuang tidak kehabisan peluru.

Keadaan di sepanjang laluan parit itu terlalu gelap dan licin, Halim sudah empat kali terjatuh!!

Tembakan menembak berterusan selama 20 minit.

“Berhenti menembak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!”, arah Sarjan Mahadi kepada anggotanya. Tembakan ke arah musuh semakin berkurangan...20 saat kemudian, semua tembakan balas dihentikan.

Semua yang berada di dalam kubu parit tersebut, mula mengangkat kepala dan memandang ke arah musuh. Kelihatan beberapa cahaya lampu suluh dari lokasi musuh melilau-lilau diselang-seli dengan beberapa tembakan ke udara...beberapa minit kemudian, cahaya suluhan lampu-lampu suluh itu semakin berkurangan..dan semakin mengundur jauh ke belakang.

Terdengar suara musuh riuh rendah, diselang seli dengan jeritan yang mengerikan. Namun tidak pasti apakah yang berlaku kepada pihak musuh...suasana di hadapan terlalu gelap!

“Musuh telah berundur...........!”, jerit Koperal Hassan dengan sedikit kuat kepada Sarjan Mahadi yang berada di sebelahnya.

“Tunggu, belum lagi...mungkin ini perangkap mereka untuk perdayakan kita!”, jelas Sarjan Mahadi menyuruh orang kanannya itu bersabar. Dia tidak mahu mereka terlalu gembira terlebih awal.

“Suruh semua siap sedia, mungkin ada serangan lagi selepas ini”, arah Sarjan Mahadi kepada Koperal Hassan menyuruh semua anggota siap sedia untuk serangan seterusnya. Namun dia juga tidak menafikan bahawa musuh telah berundur...pergerakan cahaya-cahaya lampu yang semakin lama semakin menghilang ke belakang....selain daripada tiada tembakan lagi yang dilepaskan dari arah lokasi musuh..menyatakan musuh memang sudah berundur!

“Sarjan...ada sesuatu yang tak kena malam ni...”, bisik Koperal Hassan kepada Sarjan Mahadi.

“ Tak pernah saya berdepan suasana macam ini...ini memang betul-betul pelik...”, bisik Koperal Hassan lagi.

“Saya tahu...tapi kita tunggu hari siang..kita akan hantar anggota meninjau keadaan di depan sana. Tapi apa-apa hal pun, kita kena siap sedia sepanjang masa. Jangan ambil sebarang risiko”, Sarjan Mahadi mengingatkan orang kanannya itu sebelum bergegeas masuk ke pusat kubu.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
               
6.45 pagi............

                Koperal Hassan, Halim dan berserta 3 lagi anggota lengkap bersenjata keluar daripada kubu parit mereka. Dengan pantas mereka berlima berlari ke arah kanan, menuju ke kubu parit nombor enam. Jarak sejauh 300 meter antara kubu, adalah agak jauh. Mereka berlima mungkin terdedah kepada serangan penembak tepat musuh yang berada di hadapan mereka jika mereka mendedahkan diri terlalu lama.

                Setiap kali mereka berlari, mereka berlima akan cuba menyembunyikan diri di celah-celah batu atau merebahkan tubuh. Ini adalah bagi mengelirukan musuh jika cuba membidik mereka.

                Sampai di kubu keenam, mereka dengan pantas melompat masuk!

                Halim yang paling lambat memasuki parit tersebut, terkejut melihat rakan-rakannya berdiri kaku..tidak bergerak..seolah-olah terkejut dengan apa yang mereka sedang lihat di hadapan mereka..Halim mencelahkan dirinya di sebalik rakan-rakannya yang berada di hadapan tadi..sebaik sahaja sampai di sebelah Koperal Hassan, dia ternganga!!

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

                “Maksud kau, rakan-rakan kita di kubu keenam semua telah hilang?!”, soal Sarjan Mahadi kepada Koperal Hassan sebaik sahaja dia melaporkan apa yang dilihatnya tadi.

                “Betul Sarjan. Tapi kami nampak ada kesan mereka melawan..ada tembakan dilepaskan di sekitar kubu mereka, seolah-olah pihak musuh sudah memasuki kubu mereka..tapi yang peliknya, nak kata mereka di tawan musuh, sepatutnya kubu kita yang kena dulu. Sebab dari segi posisi kubu, kubu kita yang paling ke hadapan. Nak kata mereka lari dari peperangan, takkan kesemua sekali yang lari?”, Koperal Hassan menyatakan apa yang bermain di mindanya.

                “Betul tu Sarjan, senjata mereka berteraburan..seolah-olah mereka membaling senjata mereka tidak tentu arah..seperti terpelanting..”, tambah Koperal Halim lagi.

                Sarjan Mahadi menarik Koperal Hassan ke satu sudut..

“Hassan, kejadian ini semakin pelik..berlanjutan sejak semalam. Mungkin ada kaitan dengan apa yang terjadi kepada pihak musuh malam semalam..”, Sarjan Mahadi bersuara.

                “Saya rasa tak sedap hati lah Sarjan..saya tak rasa mereka semua itu ditawan..atau melarikan diri. Lagi satu, saya dapati ada kesan pergelutan di atas tanah...seolah-olah mereka cuba melepaskan diri dari ditangkap sesuatu..juga ada banyak kesan darah diseret..menuju ke arah hutan di lokasi musuh. Persoalannya, jika benar mereka sudah ditembak mati...kenapa pihak musuh beria-ria menyeret mayat mereka ke tempat pertahanan mereka? Tiada gunanya mereka berbuat demikian.”, Koperal Hassan menyatakan pendapatnya.

                “Kita kena pergi tinjau lokasi musuh!”, Sarjan  Mahadi sudah membuat keputusan! Bagi menjawab setiap misteri yang berlaku kepada pihak musuh semalam, dan juga apa yang berlaku kepada rakan-rakannya di kubu sebelah...maka dia perlu melihat dengan mata kepalanya sendiri apa yang berlaku di lokasi pihak musuh.

Sehingga pagi ini, hanya 2 kubu sahaja yang masih mempunyai anggota bertahan, iaitu kubu No. 4 dan No. 5..manakala kubu No. 1, 2, dan 3 juga telah mengalami nasib yang serupa dengan kubu No. 6....kesemua anggotanya telah lesap!.

Sarjan Mahadi sebagai anggota terkanan di antara dua buah kubu yang tinggal itu akan mengetuai pasukan gabungan tersebut. Ketua Kubu No. 4, Sarjan Sulaiman membuat keputusan untuk berada di bawah pemerintahan Sarjan Mahadi memandangkan kekuatan mereka jika digabungkan adalah seramai 43 orang setelah ramai anggota mereka yang terkorban pada hari sebelumnya. Mereka semua akan berada di Kubu No. 5 sebelum menunggu bantuan udara dari Markas Utama pada keesokan harinya.

“Sarjan Sulaiman, kita akan pergi meninjau ke lokasi musuh pada jam 3.00 petang nanti. Biar lewat sikit, janji kita dapat pastikan semua musuh telah berundur dari situ.”, Sarjan Mahadi menyatakan pendiriannya.

“Saya setuju Sarjan. Cuma kejadian malam semalam...”, Sarjan Sulaiman cuba bertanya.

“Saya pun tidak pasti.....kita kena tengok dulu situasi di lokasi musuh...saya berpendapat..ada suatu benda lain selain kita dan musuh di kawasan ini....kejadian musuh berundur secara tiba-tiba semalam..dan kejadian kehilangan rakan-rakan kita di kubu-kubu lain....mungkin ada kaitan..”, jelas Sarjan Mahadi.

“Macamana jika kejadian ini, adalah sesuatu yang tidak dapat diterima akal kita?”, soal Sarjan Sulaiman lagi.

“Kita berserah saja Sarjan...jika kejadian itu berlaku kepada kepada kita.....malam ni..mungkin akan jadi malam yang paling panjang dalam hidup kita..”, Sarjan Mahadi bersuara perlahan. Ada sedikit kerisauan pada suaranya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
               
Tepat 3.00 petang...

                8 orang askar lengkap bersenjata yang diketuai Sarjan Sulaiman berlari pantas menuju ke lokasi musuh. Kawasan musuh terletak di kawasan hutan yang sedikit curam, manakala kubu mereka terletak di tanah lapang di atas bukit. Jarak antara kubu ke lokasi musuh adalah lebih kurang 600 meter.

                Mereka berlapan bergerak pantas, masing-masing dilengkapi senjata kecil M-21L. Senjata kecil M-21L adalah senjata terbaru yang diperolehi angkatan tentera mereka untuk peluru bersaiz 7.62 milimeter berserta pembidik laser. Senjata itu adalah senjata paling lasak untuk semua keadaan muka bumi dan cuaca...dan juga merupakan sahabat baik bagi mereka di medan perang.

                Sebaik sahaja mereka tiba di kawasan hutan tersebut, mereka bergerak secara perlahan-lahan. Walaupun pemerhati di kubu menyatakan bahawa tiada kesan pihak musuh berada di situ, namun tidak dapat dipastikan bahawa pihak musuh tidak akan meninggalkan jerangkap samar untuk mereka.

                Mereka berhenti setelah masing-masing terbau hanyir darah yang agak kuat. Sarjan Sulaiman mengarahkan salah seorang anggota bergerak ke hadapan..manakala yang lain mengikut dalam jarak selamat. Semakin lama, semakin banyak kesan darah dan cebisan daging kelihatan...ada yang melekat di dahan-dahan pokok, dan ada juga yang berteraburan di lantai hutan...

                Bulu roma setiap anggota tersebut meremang....

                Mereka memandang ke atas..kelihatan penuh dengan kesan tembakan pada pokok-pokok besar di sekililing mereka..seolah-olah pihak musuh sedang menembak sesuatu yang sedang bertenggek di pohon-pohon pokok besar tersebut.

                Kawasan di lokasi pihak musuh tersebut memang huru hara!

                “Sarjan, apa ni Sarjan?...apa yang mereka tembak tu?....”, tanya Koperal Halim yang juga mengikuti pasukan peninjau tersebut. Dia mengusap-ngusap belakang tengkuknya yang meremang...

                Sarjan Sulaiman tidak menjawab. Dia terus berhati-hati maju ke hadapan sambil memberi arahan kepada 2 anggotanya untuk berjaga-jaga di sebelah kiri dan kanannya. Halim yang berada di tengah-tengah pasukan, mengikuti sambil matanya melilau-lilau melihat kesan pertempuran antara pihak musuh..dengan sesuatu makhluk! Mungkin juga dengan sekumpulan makhluk!

                Semakin lama..semakin banyak cebisan daging manusia dan kesan darah di sekitar hutan! Halim termuntah apabila dia secara tidak sengaja terpijak cebisan tangan dan usus manusia!

                “Senyap Koperal!”, tegur Sarjan Sulaiman. Dia kemudian menghampiri rumpunan semak samun....lalu menguak semak tersebut untuk bergerak ke hadapan. Di depan mereka terdapat tanah lapang seluas 100 meter persegi, yang dikelilingi pokok-pokok hutan.

                Sebaik sahaja mereka melihat ke tengah tanah lapang tersebut, mereka tersentak manakala Halim jatuh terduduk!!

                Mayat-mayat pihak musuh dan juga pasukan sahabat mereka yang hilang sejak malam tadi, dikumpulkan setempat secara bertimpa-timpa dan bercampur aduk!

                Lebih mengerikan lagi!! Daging mereka sudah dilapah!!!!!!!!!


(Bersambung ke Bahagian 3)

No comments:

Post a Comment